ISU AIR TAK SELESAI! BUAT HIGHWAY MINTA DERMA APA KEJADAH PUNYA KERAJAAN ?
Janganlah asyik nak berkhayal bersereban sana-sini,takbir sana-sini,berceramah menjual ugama sana-sini sedangkan pemimpin-pemimpin dan exco-exco negeri gagal membela,menjaga dan membantu rakyat . Apabila gagal dengan pantas menuding jari ke arah orang lain. Ini kah contoh kerajaan Islam PAS.
Mereka ini sedarkah rakyat memilih mereka untuk memimpin,menjaga,membela dan membantu rakyat ? Gaji,elaun transport semua disediakan tetapi tidak melaksanakan tugas yang dipertanggung jawab. Apakah dengan menjanji sorga dan perjuangan islam yang PAS laung-laungkan dan anda rasa telah selamat Fitrah dan tanggungjawab anda terhadap rakyat ?
Kutipan Derma untuk membuat Highway jelas membuktikan kegagalan Nik Aziz dan exco-exco negeri mentadbir dan menjana ekonomi negeri Kelantan.Boleh dikatakan pemimpin bodoh yang dipilih rakyat Kelantan. Kerajaan PAS sepatutnya menjaga dan membantu rakyat itu lah amanah rakyat kepada anda. Menabur janji hingga ke Sorga nak buat jalan raya minta derma dan sumbangan dari rakyat.
Negeri Kelantan aman makmur,bukanya dalam berperang atau darurat tetapi kerana kegagalan pemimpin menjana ekonomi, rakyat kena menderma.Ini lah beza kecekapan UMNO dengan PAS mentadbir.Anda jangan ingat dengan perjuangan islam ala PAS telah menjamin anda sedangkan Fitrah anda sebagai pemimpin tidak terlaksana.Di maksudkan pemimpin adil adalah perlu juga adil diantara dunia dan akhirat. Kehidupan,kebajikkan didunia juga adalah FITRAH kepada kita umat manusia.Sesungguhnya apa juga kita lakukan didunia ini akan dipersoal kelak diahkirat terutama pemimpin-pemimpin terdahulu.