Thursday, 22 March 2012

YA, ALLAH!..JANGAN KAU BUTAKAN HATI ORANG MELAYU!

RUNTUH NILAI-NILAI ISLAM DI MALAYSIA APABILA SI MUNAFIK DI JADIKAN PEMIMPIN.

Saban hari kita sering melihat kebiadaban terhadap kesucian islam sewenang-wenangnya dilakukan tanpa sedikit perasaan bersalah terhadap orang-orang islam di Malaysia. Kita tidak sepatutnya menuding jari kepada sikafir ini kerana telah maklum mereka-mereka ini memang golongan yang tidak menghormati islam dimana sedikit sebanyak dihati mereka membenci dan tidak menghormati islam selain dari ugama mereka. 

Persoalan pokok siapa kah yang harus dipersalahkan? Sesebuah rumah, tetamu tidak akan masuk selagi tuan rumah tidak menjemputnya kecualilah perompak. Kebelakangan ini parti-parti pembangkang yang terdiri dari orang Islam sering melaungkan UMNO parti kafir,tidak islamik dan banyak lagi tomahan-tomahan dilontarkan kepada UMNO. Akan tetapi seandainya orang Melayu bijak menilai dan waras berfikir pasti akan dapat menilaikan akan kekufuran PKR dan PAS.
                                                  
 20 perkara yang membatalkan syahadah

1) Bertawakal dan bergantung kepada selain Allah
2) Mengingkari nikmat Allah sama ada nikmat kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian yang khusus
3) Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah
4) Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah
5) Mentaati selain Allah tanpa keredhaannya
6) Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masalah
7) Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya
8) Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya
9) Menghina salah satu dari ajaran Al-Quran atau Sunnah, mempersenda orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah
10) Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkanNya
11) Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al-Quran dan Sunnah
12) Mengangkat orang-orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang-orang Islam dan orang-orang mukmin
13) Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah saw
14) Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dalam menegakkan syirik
15) Menyatakan bahawa Al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya
16) Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhananNya atau mengingkari nama-namaNya
17) Tidak mengetahui Rasulullah saw secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya, atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah saw adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia
18) Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka
19) Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku’ bukan kepada Allah, atau tawaf di sekeliling lain dari Ka’abah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah
20) Berperasaan riya’

- SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKANNYA, oleh Sa’id Hawa

PAS ITU SESAT,PKR ITU SONGSANG.


Wednesday, 21 March 2012

TOKONG MANA PULAK OSTAD NI SEMBAH???

KITA TUNGGU LAH FATWA-FATWA DARI PAS YANG AKAN MENGHALAL PERBUATAN INI
KALAU PAKATAN SEKALIPUN! PERLU KAH SEPERTI INI?

Cukup-cukuplah puak-puak Lebai ini menjatuhkan kesucian Islam. Kita doakan agar mereka-mereka bertaubatlah dan insaflah seinsaf-insafnya diatas perbuatan mereka itu.


PAS ITU SESAT




Sunday, 18 March 2012

DS NAJIB YAKIN DAPAT MERAMPAS KEMBALI NEGERI-NEGERI PEMBANGKANG PADA PRU-13

RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB.



PETALING JAYA 18 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata, ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Katanya, beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

"Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar,” katanya di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Sepang merangkap kodinotor BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Najib berkata, beliau serta barisan kepimpinan BN bekerja keras siang dan malam untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekali gus memastikan kemenangan BN.

"BN cukup yakin. Pembangkang memang celaru, tengok banyak janji tak tunai, rakyat kena tipu, jangan kena tipu lagi, sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat insya-Allah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti,” katanya.

Sumber Utusan Malaysia Online.

BUKAN SETAKAT NAJIB MALAH RAMAI RAKYAT MALAYSIA PUN YAKIN KERANA KEGAGALAN PEMBANGKANG MENUNAIKAN JANJI.