Sunday 18 March 2012

DS NAJIB YAKIN DAPAT MERAMPAS KEMBALI NEGERI-NEGERI PEMBANGKANG PADA PRU-13

RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB.



PETALING JAYA 18 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata, ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Katanya, beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

"Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar,” katanya di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Sepang merangkap kodinotor BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Najib berkata, beliau serta barisan kepimpinan BN bekerja keras siang dan malam untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekali gus memastikan kemenangan BN.

"BN cukup yakin. Pembangkang memang celaru, tengok banyak janji tak tunai, rakyat kena tipu, jangan kena tipu lagi, sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat insya-Allah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti,” katanya.

Sumber Utusan Malaysia Online.

BUKAN SETAKAT NAJIB MALAH RAMAI RAKYAT MALAYSIA PUN YAKIN KERANA KEGAGALAN PEMBANGKANG MENUNAIKAN JANJI.



2 comments:

  1. Citer apa mangkok atas tu sampai tahap nak bunuh org? Publisiti murahan..mcm gangstar.

    ReplyDelete
  2. Tak payahlah bunuh.Kalau membontot takpe la,bunuh jangan la.

    ReplyDelete

Tulis apa nak tulis,kena saman tanggung sendiri