Thursday 9 February 2012

BAKAL PM !!!!

YAKIN MUNGKIN AKAN KE PUTRAJAYA SELEPAS PRU 13.


Pertemuan dengan Menteri Kewangan Turki.

 Beliau  dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Abdullah Gul  dalam satu majlis makan tengahari, di Ankara.
Terdahulu sebelum itu,  rombongan beliau  menemui Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek.




Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan soal ekonomi negara-negara Islam, hubungan antara timur dan barat serta rundingan kerjasama antara sektor perdagangan dan perindustrian di Turki.
Ia termasuk membincangkan soal pelaburan, pembangunan infrastruktur, perumahan, pendidikan dan sektor kesihatan yang menjuruskan kepada kepentingan rakyat dikedua-dua negara.Kalau dah jadi PM ok kot sebut kedua-dua Negara. Baru dua-tiga negeri jer. Sabarlah sikit lepas PRU 13.

Apakah  yang kura nyatakan diatas akan menjadi kenyataan? Kebenaranya semua terletak kepada rakyat Malaysia. Harapan kura rakyat Malaysia bijak menilai semasa PRU 13 nanti.


UNDILAH BARISAN NASIONAL


Wednesday 8 February 2012

MUNGKIN INI BERLAKU JIKA PR MEMERINTAH

NAK KAH KITA PEKARA INI  TERJADI PADA WARISAN KITA ORANG MELAYU?????














INI KAH MORAL BAKAL PEMIMPIN KITA YANG DISANJUNG OLEH SEBAHAGIAN MELAYU






JIKALAU BUAT ARTIKEL MUNGKIN SUSAH NAK FAHAM, SEKADAR  GAMBAR MUNGKIN MUDAH DIFAHAMI.




SAYANGI TANAH TUMPAH DARAH KITA.











Monday 6 February 2012

BETUL KAH NIZAR MEMUJA POKOK PULAK SETELAH KECEWA NAK JADI MB PERAK

SETELAH 3 TAHUN DISINGKIRKAN MASIH BERANGAN NAK JADI MB PERAK


BAYANGAN ANGAN-ANGAN MB PERAK

Setalah 3 tahun berlalu detik hitam bagi Mohamad Nizar di singkirkan dari jawatan MB Perak hari ini beliau masuk bertugas berdekatan bangunan Dewan Undangan Negeri Perak tetapi dibawah pokok sahaja. Beliau bersama-sama penyokong beliau berpakaian serba hitam ala masyarakat Cina bergabung membuat perhimpunan dibawah pohon demokerasi tersebut bagi memperingati 3 tahun beliau digulingkan . Beliau menuduh DS Najib pengerusi UMNO negeri Perak masa itu dengan mencuri wakil rakyat Pakatan Rakyat. Mohamad Nizar masih tidak boleh menerima  hakikat itu.


Apalah nak jadi dengan Nizar, macam ni kah ajaran yang PAS boleh bersengkongkol dengan PKR dan DAP. Ini lebih kurang menjurus pekara-pekara syirik. Minta pembaca nilai sendiri dengan memakai baju hitam bersama-sama penyokong berhimpun bawa pohon demokerasi hanya sebatang pokok dengan menyatakan acara sambutan berhimpun bawah pokok. Berdoalah kepada yang Esa minta tunjuk kebenaran kan lagi baik dari jadikan pokok tempat menunjukkan kebenaran. Apalah nak jadi dengan orang Melayu PAS dan PKR ni.






BANYAK CARA LAIN LAGI SECARA ISLAM YANG BOLEH DIBUAT SELAIN DARI BAWAH POHON POKOK JIKA UNTUK MENCARI KEBENARAN.


SAY YES! FOR ZAMBRY


SEKADAR MENYEDARKAN ORANG ISLAM YANG DAIF PEMIKIRAN.


  

PARASIT PAS NAK JADI HERO SETELAH DIPECAT.

JANGAN BIAR DITUDUH JADI PARASIT, JADILAH PEJUANG IHKLAS.



Banyak artikel-artikel dikeluarkan mengenai Hassan Ali baik dari segi rakaman video ceramah-ceramah beliau mahu pun wawancara dengan Media. Saya membawa pembaca agar sentiasa berfikiran jauh dengan manusia-manusia seperti Hassan Ali. Sekali kita dengar dan tengok pasti terpesona dan yakin akan keihklasan Hassan Ali memperjuangkan IMR.

Saya telah nyatakan pada artikel lepas saya, jika Hassan Ali benar-benar ihklas memperjuangkan IMR (Islam,Melayu dan Raja-Raja) sertai lah UMNO, kerana apa yang hendak diperjuangkan semuanya telah pun UMNO perjuangkan.Sekiranya beliau berbuat demikian banyak lagi penyatuan orang Melayu akan berlaku dimana para penyokong kuat beliau didalam PAS terutama di Selangor akan beralih kepada UMNO dan sesuailah dari salah satu apa yang hendak diperjuangkan iaitu Melayu.Tiada lagi mana-mana PARTI yang memperjuangkan ISLAM,MELAYU dan RAJA-RAJA selain UMNO.



Sekarang pun kita semua sering mendengar kritikan mengenai beliau setelah beliau dipecat, bahawa Hassan Ali adalah agent upahan UMNO  walaupun beliau telah beralih kepada NGO.Budaya kritikkan,fitnah amat mudah terpengaruh lebih-lebih lagi didalam masyarakat Melayu.Lama-kelamaan pengaruh Hassan Ali akan lenyap dan penyokong beliau akan beralih semula kepada PAS.

Kenapa baru sekarang beliau terjerit-jerit menghentam PAS,DAP dan PKR? Apakah setelah dipecat dan perasaan rasa tidak berpuas hati,memaksa beliau berbuat demikian? Hassan Ali sepatutnya menyedari kepincangan PR sejak mula lagi Negeri Selangor diperintah PR dan mengambil tindakkan undur diri, kalau benar dia ihklas dan janganlah tunggu sehingga bertahun menjadi exco ugama islam Negeri Selangor sehinggalah beliau dipecat.Kenapa semasa isu Gereja dan Murtad tempoh hari beliau lebih mengambil pendekatan "PLAY SAFE" berdiam diri dan" NO COMMENT"?Mungkin beliau berbuat demikian kerana masih lagi  mempertahankan jawatan beliau sebagai exco Ugama islam negeri Selangor. Apa pandang anda jika beliau tidak dipecat? pastinya dia masih bersama PAS dan PR.Motif atau "moral of the story" Hassan Ali kena mengambil  sesuatu tindakkan  untuk mengelakkan dari beliau dituduh sebagai PARASIT dengan berjuang bersama UMNO.

Saya tidak nampak keihklasan beliau dimana tindakkan beliau sekarang tidak lebih selain hanya  kerana tidak berpuas hati,marah dan dendam atas pemencatan beliau sebagai exco ugama Islam Negeri Selangor terhadap PR melainkan keihklasan akan timbul bila bersama-sama berjuang bersama UMNO.

BERSAMA UMNO DEMI PERPADUAN BANGSA MELAYU.


SEKADAR PANDANGAN DEMI PERPADUAN BANGSA MELAYU .






Sunday 5 February 2012

Apa punya merepek si Nasrudin Hassan Tentawi dok naya orang Islam.

Jangan aniaya orang Islam dengan dakyah bodoh dan sesat.






Sayang seribu kali sayang, saya pun hairan apa lah orang Melayu kita ini mudah terpedaya dengan keterampilan orang seperti Hassan Tentawi ini. Asal bersereban pandai berceramah terus terpengaruh. Buka lah mata, bukalah minda wahai orang Melayu. Janganlah diperbodohkan dengan orang-orang seperti Hassan Tentawi ini.

Petikan coretan si Hassan Tentawi kepada ahli-ahli PAS :

"Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sedang kita tidak berusaha untuk menjadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka."









Ingin diperjelaskan, sekiranya menggambil kira sejarah Islam siapakah dua orang yang disebutkan diatas? Apakah Hj. Hadi(Presiden PAS berkerjasama dengan DAP , Nik Aziz (tuhan samseng,undi PAS masuk syurga) sempurna seperti Nabi? Apakah patut dia menyeru agar berusaha menjadi seperti mereka. Ingin di perjelaskan juga, cuba tanya diri sendiri adakah kedua-dua hamba diatas itu pasti matinya masuk syurga? Apa punya jahil Hassan Tentawi, kan lebih baik disuruh berusaha mengikut sikap dan sifat yang ada pada Nabi Muhamad SAW.




"Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa. Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh."


Penjelasan Ungkapan beliau diatas,  Selama ini Pahala lah yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk perbodohkan akidah umat Islam.Islam tidak menyuruh umatnya mengejar pahala sesungguhnya pahala atau dosa anugerah dari Allah SWT.Bukan kita sebagai hamba tentukan nya.
Kan baik kalau dia kata "berjuanglah kerana Allah SWT".Kan ihklas jadinya.


Sebagai contoh, adakah kita sembahyang kerana Pahala? Adakah kita perjuangkan Islam kerana pahala?
Dimanakah keihklasan kita beribadah terhadap Allah SWT apabila kita lakukanya kerana Pahala.


Cuba kita renungkan apa jua niat, baik dari Niat Sembahyang sehingga ke Niat mandi hadas, semuanya berakhir dengan kalimah " kerana Allah SWT", tak diajarnya" kerana pahala".Janganlah kita jadikan pahala itu sebagai pekara pertaruhan untuk perjuangan Islam.Disinilah banyaknya lari akidah kita sebagai umat Islam apabila Pahala dijadikan taruhan kepada setiap ibadah yang kita lakukan.


Jadilah mukmim yang ihklas melakukan sesuatu ibadah Kerana Allah SWT dan bukan kerana pahala, Takutkan Allah SWT sesungguhnya dosa dan pahala Allah SWT tentukan.









Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti amal Ishttp://pasabah.files.wordpress.com/2008/02/bendera-8.jpglami ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah Taala sehingga ia mampu mengatasi ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik) adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah Taala di atas muka bumi ini.









Jangan tukar PAS dari sebuah "gerakan Islam" kepada PAS hanya sebuah "parti politik".

Jangan tukar jadi parti politik cuma berkerjasama dengan DAP.

Dari perjuangan Islam ke perjuangan Kebajikkan.

Nak Perjuangkan Islam perjuangkanlah dengan betul dan Ikhlas.



Apa jua penulisan saya diatas hanya sekadar renungan untuk orang Melayu apakah itu PAS.