Monday 6 February 2012

PARASIT PAS NAK JADI HERO SETELAH DIPECAT.

JANGAN BIAR DITUDUH JADI PARASIT, JADILAH PEJUANG IHKLAS.



Banyak artikel-artikel dikeluarkan mengenai Hassan Ali baik dari segi rakaman video ceramah-ceramah beliau mahu pun wawancara dengan Media. Saya membawa pembaca agar sentiasa berfikiran jauh dengan manusia-manusia seperti Hassan Ali. Sekali kita dengar dan tengok pasti terpesona dan yakin akan keihklasan Hassan Ali memperjuangkan IMR.

Saya telah nyatakan pada artikel lepas saya, jika Hassan Ali benar-benar ihklas memperjuangkan IMR (Islam,Melayu dan Raja-Raja) sertai lah UMNO, kerana apa yang hendak diperjuangkan semuanya telah pun UMNO perjuangkan.Sekiranya beliau berbuat demikian banyak lagi penyatuan orang Melayu akan berlaku dimana para penyokong kuat beliau didalam PAS terutama di Selangor akan beralih kepada UMNO dan sesuailah dari salah satu apa yang hendak diperjuangkan iaitu Melayu.Tiada lagi mana-mana PARTI yang memperjuangkan ISLAM,MELAYU dan RAJA-RAJA selain UMNO.



Sekarang pun kita semua sering mendengar kritikan mengenai beliau setelah beliau dipecat, bahawa Hassan Ali adalah agent upahan UMNO  walaupun beliau telah beralih kepada NGO.Budaya kritikkan,fitnah amat mudah terpengaruh lebih-lebih lagi didalam masyarakat Melayu.Lama-kelamaan pengaruh Hassan Ali akan lenyap dan penyokong beliau akan beralih semula kepada PAS.

Kenapa baru sekarang beliau terjerit-jerit menghentam PAS,DAP dan PKR? Apakah setelah dipecat dan perasaan rasa tidak berpuas hati,memaksa beliau berbuat demikian? Hassan Ali sepatutnya menyedari kepincangan PR sejak mula lagi Negeri Selangor diperintah PR dan mengambil tindakkan undur diri, kalau benar dia ihklas dan janganlah tunggu sehingga bertahun menjadi exco ugama islam Negeri Selangor sehinggalah beliau dipecat.Kenapa semasa isu Gereja dan Murtad tempoh hari beliau lebih mengambil pendekatan "PLAY SAFE" berdiam diri dan" NO COMMENT"?Mungkin beliau berbuat demikian kerana masih lagi  mempertahankan jawatan beliau sebagai exco Ugama islam negeri Selangor. Apa pandang anda jika beliau tidak dipecat? pastinya dia masih bersama PAS dan PR.Motif atau "moral of the story" Hassan Ali kena mengambil  sesuatu tindakkan  untuk mengelakkan dari beliau dituduh sebagai PARASIT dengan berjuang bersama UMNO.

Saya tidak nampak keihklasan beliau dimana tindakkan beliau sekarang tidak lebih selain hanya  kerana tidak berpuas hati,marah dan dendam atas pemencatan beliau sebagai exco ugama Islam Negeri Selangor terhadap PR melainkan keihklasan akan timbul bila bersama-sama berjuang bersama UMNO.

BERSAMA UMNO DEMI PERPADUAN BANGSA MELAYU.


SEKADAR PANDANGAN DEMI PERPADUAN BANGSA MELAYU .






2 comments:

  1. sdr gomot,
    apa yg hang jeles sangant ngan Dr Hasan Ali.
    Hang cakap macam le UMNO tu perfect sangat.Hang kena sedar dan patut sokong apa jua usaha kearah islam.Saya bukan org politik. Saya sokong apa jua usaha UMNO,PAS,maupun PKR kalau ade usaha kearah islam. Hang cermin betol betol usaha UMNO dalam membantu...islam ..memang banyak alhamdulillah..tapi yg melemahkan islam....perlu diinsafi dan perbetolkan...bagitu jua PAS..jangan ingat semua dia buat islam aje...kita perlu ingat dan tolong menolong dalam mempertahan islam,melayu ...jangan ingat org suruh masuk UMNO je..atau PAS aje....!!!!!

    ReplyDelete
  2. salah ker? kan salah satu IMR tu Melayu..orang melayu. beliau juga yg kata IMR. Kalau takat perjuangkan Islam jgn sebut Melayu Dan Raja2. Parti mana lagi yang memperjuangkan Nasib orang Melayu selain UMNO?

    ReplyDelete

Tulis apa nak tulis,kena saman tanggung sendiri