Sayang seribu kali sayang, saya pun hairan apa lah orang Melayu kita ini mudah terpedaya dengan keterampilan orang seperti Hassan Tentawi ini. Asal bersereban pandai berceramah terus terpengaruh. Buka lah mata, bukalah minda wahai orang Melayu. Janganlah diperbodohkan dengan orang-orang seperti Hassan Tentawi ini.
Petikan coretan si Hassan Tentawi kepada ahli-ahli PAS :
Ingin diperjelaskan, sekiranya menggambil kira sejarah Islam siapakah dua orang yang disebutkan diatas? Apakah Hj. Hadi(Presiden PAS berkerjasama dengan DAP , Nik Aziz (tuhan samseng,undi PAS masuk syurga) sempurna seperti Nabi? Apakah patut dia menyeru agar berusaha menjadi seperti mereka. Ingin di perjelaskan juga, cuba tanya diri sendiri adakah kedua-dua hamba diatas itu pasti matinya masuk syurga? Apa punya jahil Hassan Tentawi, kan lebih baik disuruh berusaha mengikut sikap dan sifat yang ada pada Nabi Muhamad SAW.
"Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa. Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh."
Penjelasan Ungkapan beliau diatas, Selama ini Pahala lah yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk perbodohkan akidah umat Islam.Islam tidak menyuruh umatnya mengejar pahala sesungguhnya pahala atau dosa anugerah dari Allah SWT.Bukan kita sebagai hamba tentukan nya.
Kan baik kalau dia kata "berjuanglah kerana Allah SWT".Kan ihklas jadinya.
Sebagai contoh, adakah kita sembahyang kerana Pahala? Adakah kita perjuangkan Islam kerana pahala?
Dimanakah keihklasan kita beribadah terhadap Allah SWT apabila kita lakukanya kerana Pahala.
Cuba kita renungkan apa jua niat, baik dari Niat Sembahyang sehingga ke Niat mandi hadas, semuanya berakhir dengan kalimah " kerana Allah SWT", tak diajarnya" kerana pahala".Janganlah kita jadikan pahala itu sebagai pekara pertaruhan untuk perjuangan Islam.Disinilah banyaknya lari akidah kita sebagai umat Islam apabila Pahala dijadikan taruhan kepada setiap ibadah yang kita lakukan.
Jadilah mukmim yang ihklas melakukan sesuatu ibadah Kerana Allah SWT dan bukan kerana pahala, Takutkan Allah SWT sesungguhnya dosa dan pahala Allah SWT tentukan.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti amal Islami ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah Taala sehingga ia mampu mengatasi ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik) adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah Taala di atas muka bumi ini.
Jangan tukar PAS dari sebuah "gerakan Islam" kepada PAS hanya sebuah "parti politik".
Jangan tukar jadi parti politik cuma berkerjasama dengan DAP.
Dari perjuangan Islam ke perjuangan Kebajikkan.
Nak Perjuangkan Islam perjuangkanlah dengan betul dan Ikhlas.
Apa jua penulisan saya diatas hanya sekadar renungan untuk orang Melayu apakah itu PAS.
No comments:
Post a Comment
Tulis apa nak tulis,kena saman tanggung sendiri