Sunday, 15 January 2012
APA DAH JADI TLDM
LAGI TERBAKAR SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN?.
Berita yang menyedihkan apa bila berlakunya lagi kebakaran kapal-kapal TLDM. Kura rasa pekara yang tak sepatutnya berlaku dimana peristiwa KD INDRAPURA terbakar masih baru berlalu. Kura berpandangan nampaknya pihak TLDM tidak mengambil ikhtibar dari kejadian lalu. Pihak TLDM harus dipertanggung jawabkan kejadian tersebut.
Kura juga berpandangan amat memalukan kerana kejadian kali kedua berlaku diana Negara kita bukanlah didalam keadaan berperang.Bukan lah kita nak menuding kepada sesiapa tetapi harus kita mencari kesilapan kepada siapa kerana nilai 2 buah kapal yang sudah terbakar membabitkan ratusan jutaan duit rakyat Malaysia.Kemalangan kebakaran selalunya berpunca dari kelalaian pentadbiran dan anggota yang sepatutnya sudah terlatih bagi mengelakkan kemalangan kebakaran seperti ini.
Apa yang akan kita dengar pastinya sudah muak tentang alasan yang akan dibagikan kerosakkan teknikal. Bagi kura tidak timbul pekara tersebut kerana Kapal berada diatas limbungan dan peralatan didalam keadaan tidak beroperasi.Kalau lah diberi alasan berpunca dari kerja-kerja kimpalan rasanya alasan bodoh kerana sekiranya langkah-langkah keselamatan kerja-kerja kimpalan dilakukan dengan sempurna pasti kejadian tersebut tidak akan berlaku.
Persoalan harus dijawab oleh pihak TLDM, harus mencari siapa yang bertanggung jawab diatas kebakaran tersebut. Kura hanya berpandangan sepatutnya PTL(Panglima Tentera Laut) harus memikul tanggung jawab ini. Sepatutnya segala arahan-arahan dan memo-memo keselamatan harus dikeluarkan bagi meningkatkan tahap keselamatan aset-aset TLDM setelah pengalaman kebakaran KD INDRAPURA yang lalu.
Apakah perlu Negara mengeluarkan wang ratusan jutaan lagi bagi membeli peralatan sedangkan yang ada tidak dikawal selia dan dijaga dengan baik? Tahap kesiapsiaggaan anggota TLDM terlalu lemah dan perlu peningkatan agerasif dilakukan. Kura berkata demikian kerana ini adalah kemalangan ke 2 berturut pasal kebakaran.
Seseorang harus dipertanggung jawabkan.
Kura hanya memberi pandangan dan untuk renungan kita bersama kerana aset keselamatan Negara pun hak rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tulis apa nak tulis,kena saman tanggung sendiri