Tuesday, 19 June 2012

JANJI MANIS MU!


BAB AIR PUN 50-50 NAK PERCAYA,AIR LOMBONG MUNGKIN KOT.
Sumber gambar-kedahkekl.blogspot.com

Jika dipandang indah sungguh janji-janji manis yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terutama bagi menarik orang ramai agar terpengaruh dengan janji-janji yang mungkin hanya satu sahaja dalam erti kata 50-50 yang mungkin tertunai.
Rakyat terlebih maklum dengan janji-janji PRU 12 yang lalu masih terlalu banyak janji-janji dusta sahaja yang diberikan dimana sehingga kini masih tidak tertunai.
Kita rujuk sahaja kepada pemerintahan PAS di Kelantan terutama soal Air.Masalah kebersihan Air yang dirawat masih tidak dapat diselesaikan bagaimana hendak kita terima pemberian percuma 20 meter padu percuma jika yang diberikannya bukan air BERSIH?
Soal PENDIDIKKAN PERCUMA! Kita sedia maklum masalah UNISEL dimana PTPTN terpaksa menarik balik pembekuan PTPTN kepada penuntut UNISEL setelah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menyediakan pendidikkan Percuma. 
Tertarik dengan BANTUAN RM2500 kepada warga Emas yang meninggal Dunia.
Bab kematian pun mereka nak Politikkan. Warga Emas sahaja ke yang Meninggal Dunia? Orang Muda,kanak-kanak tak meninggal ? Khariat kematian pun dah ada double standard. Tak ihklas. Nak bagi bantuan bagi jelah kepada sesiapa yang meninggal dan yang layak.
Yang buat iklan ni pun bodoh BANTUAN RM2500 KEPADA WARGA EMAS YANG MENINGGAL DUNIA. Dah meninggal macam mana orang tu nak terima. Ayat ditulis pun tak betul. Macam itulah agaknya dengan janji-janji yang ditulis sama juga tak betul.BANTUAN KHARIAT KEMATIAN RM2500 kan lebih telus dan ihklas.

Penurunan Harga Petrol saya tak perlu komen kerana terlalu angkuh berjanji dalam masa 24 Jam jika Pakatan Rakyat diberi mandat harga Petrol akan turun.
Saya ingat pesan orang tua_tua, kalau membuat janji dengan angkuh, itu orang yang munafik.Bezanya pemimpin Pakatan Rakyat dengan BN ialah janji. BN sentiasa mengamalkan sikap berhemah apabila berjanji. Seperti Mantan Tun M pernah berkata "kalau Kerajaan ada duit dan mampu kita bagi,kalau tak ada duit kita tak bagilah" ini bila diajukan soal BONUS kaki tangan awam.Tidak seperti pemimpin PR sehingga sorga dan pahala sanggup dijanjikan. Kita boleh membezakan janji munafik dengan janji ikhlas.

No comments:

Post a Comment

Tulis apa nak tulis,kena saman tanggung sendiri