DAH TIDAK DAPAT PEMIMPIN! PEMBANGKANG MENCARI KELEMAHAN KELUARGA PULA UNTUK MODAL PRU 13
Sekadar Hiasan
Media-media dan blog-blog pembangkang telah mensensasikan kisah-kisah berkenaan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Kepimpinan DS Najib mendapat tekanan hebat dengan serangan-serangan terhadap keluarga pemimpin-pemimpin UMNO. Setelah isu NFC berjaya dibawa ke Mahkamah , kali ini isu sumber pembelian kereta-kereta mewah PORSCHE dan MPV anak kepada Menteri Dijabatan Perdana Menteri pula dipersoalkan? Tak perlulah kura menyatakan siapa kerana umum telah sedia maklum. Apa yang kura hendak tekan kan agar pemimpin-pemimpin BN agar lebih peka dengan keadaan semasa terutama PRU 13 semakin hampir. Perlukah kerana Nila setitik habis susu sebelanga? Pihak pembangkang telah menggunakan ISU-ISU berkenaan bagi menyemarakkan lagi perasaan benci terhadap kepimpinan UMNO walaupun tiada kesahihan fakta kebenarannya.
Sekadar Hiasan
Bukan soal kebenaran atau cara pembelian sama ada secara bersih atau sebaliknya? Akan tetapi sedia maklum sikap dan penerimaan Masyarakat Malaysia masa kini dan menjadi TREND apabila melibatkan anak atau keluarga menteri Sahaja sudah pasti pandangan negetif yang akan dilemparkan walaupun seandainya sumber adalah bersih dari manupulasi.
BN perlu menangani pekara sebegini dengan segera dari sering berulang dengan mengambil tindakkan segera terhadap individu berkenaan sekiranya bersabit kerana kepimpinan DS Najib memerlukan pemimpin-pemimpin yang bersih dan berkualiti bersesuaian dengan Transformasi Kepimpinan.Apa pun Kura berharap anak beliau bersih dari tuduhan yang dilemparkan oleh Pembangkang.
"RAKYAT MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT"
No comments:
Post a Comment
Tulis apa nak tulis,kena saman tanggung sendiri